GlobalCN



GlobalCN adalah mesin pencarian video. Kami telah mengindeks jutaan video dari seluruh dunia



Apakah Sudah Subscribe?
Nama:Gempa Bumi Lombok: Siti Nur Ismawida Gemar Mendaki
Durasi:1 mnt 19 dtk
Dilihat:107,053
Dipublikasikan:29 Juli 2018
Sumber:Youtube
Description::Siti Nur Ismawida, 30, rakyat Malaysia yang terkorban dalam gempa bumi di Nusa Tenggara Barat hari ini dilaporkan dalam misi pendakian ke gunung berapi Rinjani di Lombok Timur.

Ketua Polis Lombok Timur, M.Eka Fahurrahman, berkata mangsa terkorban akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan.

"Sebanyak 18 warga Malaysia dalam misi mendaki Gunung Rinjani, enam cedera manakala yang lain selamat," katanya.

Maklumat lengkap berhubung mangsa dan kumpulan pendaki dari Malaysia itu belum diperoleh sepenuhnya.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia juga masih berusaha mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat adalah destinasi popular pelancong dan pendaki.

Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia itu dengan ketinggian 3,726 meter adalah sebahagian daripada Taman Nasional Gunung Rinjani seluas 41,330 hektar yang popular dengan keindahan semulajadinya.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok jam 5.47 pagi tadi menyebabkan penduduk kawasan itu bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.

Subscribe Kelantan News

[Subscribe]
https://www.youtube.com/c/KelantanNews

[Like & Share]
https://www.facebook.com/KelantanNews...

[Follow Twitter]
https://twitter.com/kelantannews

[Follow Instagram]
https://www.instagram.com/kelantannews

[Join Channel Telegram]
https://t.me/kelantannews
Suka ini ?: